one 12.00 Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4
Terlebih dahulu terima kasih saya ucapakan di atas kesudian anda memuat-turun dan membaca report ringkas ini iaitu “Tips-tips Rahsia Berjaya Dalam Temuduga Kerja.”
Saya pasti, kini anda sudah mula resah untuk mencari dan ternanti-nanti tawaran kerja yang tak kunjung tiba. Anda baru sahaja tamat menjalankan pengajian anda dan kini bermulanya satu lagi ‘pengembaraan’ baru dalam hidup anda.
Mendapatkan kerja.
Tapi anda diselubungi dengan berbagai-bagai perasaan di saat anda mendapat panggilan telefon yang menyatakan anda telah pun berjaya dipanggil temuduga.
Anda gembira tapi dalam masa yang sama anda risau, takut, cuak, ragu-ragu dan kurang yakin. Anda kini sibuk memikirkan apakah persiapan yang harus anda lakukan bagi menghadapi temuduga kerja tersebut.
Usah risau, dalam report ringkas ini akan didedahkan dengan tips-tips yang boleh anda amalkan dalam membuat persiapan menghadapi temuduga anda kelak.
Semoga banyak manfaat yang boleh anda perolehi melalui pembacaan report ringkas ini.
Selamat Membaca.
one 12.00 Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4
Sebelum kita mulakan dengan tips-tips yang boleh anda amalkan dalam menghadapi temuduga kerja anda, saya akan terangkan terlebih dahulu secara general bagaimana tips-tips ini akan disampaikan.
Tips-tips tersebut secara amnya akan dibahagikan kepada 3 kategori besar. Ia merangkumi tips-tips yang boleh anda amalkan:
1. Sebelum temuduga
2. Ketika temuduga
3. Selepas temuduga
Dengan membahagikan kepada 3 kategori utama ini, ianya akan lebih memudahkan anda sebagai calon temudaga untuk merancang dengan lebih teratur. Seterusnya memastikan kerja yang anda mohon itu berada dalam genggaman anda.
Mari kita mulakan!
one 12.00 Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4
SEBELUM TEMUDUGA
Ketika ini, sudah tentu anda telahpun mendapat panggilan telefon berita yang menggembirakan buat iaitu panggilan telefon tawaran untuk anda menghadiri temuduga kerja yang telah anda mohon. Dalam kata lain, anda kini dah “sebelah kaki” untuk memulakan kerja anda di tempat tersebut. Peluang anda kini 50%.
Tapi nanti dulu! Jangan tertepuk-sorak gembira. Ada banyak persediaan yang harus anda buat sebelum menjelang hari temuduga tersebut.
Ikuti tips-tips berikut:
1. Buat persediaan rapi sebelum temuduga dengan membuat sedikit research tentang syarikat (jika swasta) atau kementerian/jabatan (jika badan kerajaan) melalui internet.
2. Sediakan 3 set resume berserta salinan sijil-sijil ko-kurikulum dan transkrip peperiksaan akhir semester anda.
3. Pastikan resume anda dilekatkan dengan gambar foto passport yang real. Bukan yang diprint daripada komputer.
4. Cari idea-idea untuk jawapan soalan-soalan yang lumrah pasti ditanya ketika temuduga seperti soalan “Tell me about your-self.”
5. Buat sedikit latihan bercakap. Pastikan anda punya suara jelas dan berkeyakinan tinggi.
6. Sentiasa bertenang dengan cara perbanyakkan solat sunat dan berzikir (bagi yang beragama Islam).
7. Banyakkan membaca Al-Quran dan Surah Yasin bagi mendapat lebih ketenangan (bagi yang beragama Islam).
8. Katakan atau ‘berbisik’ dalam minda yang anda seorang yang berkeyakinan dan bermotivasi tinggi.
9. Bagi calon perempuan, jangan pakai pakaian yang seksi yang mampu menggoda penemuduga anda.
10. Warna pakaian yang anda ingin pakai harus lebih professional seperti warna putih atau biru. Jangan pakai pakaian yang berwarna terlampau terang. Ini akan ‘menyakitkan’ pandangan mata penemuduga anda.
11. Kurangkan pemakaian aksesori terutama bagi wanita ketika ingin ke temuduga.
12. Lelaki pastikan memakai baju kemeja lengan panjang berserta tali leher. Dinasihatkan baju kemeja putih lengan panjang dan tali leher berwarna biru. Ini merupakan warna rasmi bagi korporat.
13. Kasut kulit serta stoking berwarna hitam harus menjadi pilihan anda.
14. Pastikan anda kilatkan kasut kulit anda. Boleh beli pengilat cecair bagi menjimatkan masa.
15. Bagi lelaki, rambut WAJIB pendek dan kemas. Jangan hari ke temuduga dengan rambut yang panjang berikat. Anda bukan ingin menghadiri temuduga mengambil ahli kumpulan band rock kapak.
16. Tidur awal sebelum hari temuduga, mula berada di atas katil anda pada pukul 10 malam jika temuduga anda di pagi hari esoknya.
17. Perbanyakkan makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran serta makanan berkarbohidrat tinggi.
18. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 minit setiap sesi.
19. Sehari sebelum temuduga, pastikan anda survey dulu tempat temuduga anda. Pastikan kedudukan dan alamat tempat temuduga anda lebih-lebih lagi jika anda tidak tinggal berdekatan.
20. Buat sedikit research tentang jawatan yang akan ditemuduga. Pastikan anda tahu serba-sedikit bidang berkaitan. Boleh “Google” sahaja dan buat sedikit nota ringkas bagi meningkatkan pemahaman anda serta mudah untuk anda hafal.
21. Anda boleh senaraikan poin-poin penting untuk anda bicarakan ketika ditemuduga di sticky notes atau kertas nota kecil.
22. Lihat dan kaji semula resume anda. Jadikan poin-poin pengalaman yang anda senaraikan dalam resume untuk kembangkan lagi isi-isi jawapan anda nanti ketika disoal.
23. Pastikan anda gosok baju dan seluar anda. Ini WAJIB. Tapi jangan pula sampai hangus.
24. Jangan pakai minyak wangi terlampau banyak sehingga boleh membuatkan orang di sekeliling anda pening kepala. Tak mustahil anda akan di reject oleh penemuduga hanya oleh kerana minyak wangi anda yang terlampau kuat baunya.
25. Jangan terlalu awal anda sampai di tempat temuduga. Ini akan membuatkan penemuduga anda terkejar-kejar jika meraka dapati anda telah sampai terlalu awal (sehingga sejam lebih awal) untuk bertemu anda. Mengganggu kerja-kerja mereka sebelum masa temuduga sebenar anda. Jika anda sampai awal, anda boleh duduk rileks-rileks dulu dalam kereta atau boleh ronda-ronda di sekitar tempat anda akan ditemuduga. Hadirkan diri di pejabat tempat temuduga anda hanya dalam masa sebelum 20 minit sebelum masa yang telah ditetapkan.
KETIKA TEMUDUGA
1. Ketika sedang anda ditemuduga, pastikan anda berkata-kata secara spontan tetapi dalam masa yang sama juga anda telah bersedia dengan soalan-soalan tersebut. Bercakap secara profesional.
2. Pastikan anda sampai di tempat temuduga 15 minit sebelum masa yang mereka tetapkan. Ini bagi tujuan untuk anda mengisi borang dan sebagainya.
3. Anda boleh mula bertolak dari rumah sekurang-kuranya 45 minit sebelum masa temuduga.
4. Sentiasa lemparkan senyuman anda yang ikhlas dan paling menawan setiap kali anda bersemuka dengan sesiapa pun di syarikat tersebut. Tak kira samada pengawal keselamatan, makcik cleaner mahupun penyambut tetamu (receptionist).
5. Jangan lupa ketika anda ditemuduga, anda nyatakan kemahiran, kebolehan, pencapaian serta pengalaman-pengalaman bekerja anda yang lalu.
6. Jawab soalan “Sila ceritakan tentang diri anda” (“Tell me about yourself”) dengan menyatakan poin-poin yang merangkumi apakah sifat-sifat dalam diri anda yang membolehkan anda memberi sumbangan kepada syarikat atau jabatan tersebut.
7. Duduk secara menegak di atas kerusi, bukan membongkok.
8. Sentiasa melihat tepat ke arah mata penemuduga yang sedang bercakap dengan anda.
9. Pandang tepat ke mata penemuduga ketika anda sedang bercakap.
10. Jangan duduk sehingga anda dipelawa oleh penemuduga.
11. Jangan sesekali membuka topik perbincangan berkenaan gaji jika tidak ditanya. Elakkan meminta-minta gaji yang anda harapkan jika tidak ditanya.
12. Jika anda terlewat atau rasakan anda tidak dapat sampai ke tempat temuduga tepat pada masanya, anda WAJIB menelefon penemuduga tersebut dan anda nyatakan masalah anda.
13. Jangan menunjukkan anda gelisah dan nervous ketika temuduga sedang berlangsung. Ini membuatkan penemuduga anda merasakan yang anda seakan-akan ingin menyembunyikan sesuatu dan tidak bercakap benar.
14. Elakkan bercakap terlampau banyak sangat. Takut-takut nanti anda hanya ‘merapu-rapu’ tidak menjawab mengikut apa yang sebenarnya ditanya.
15. Mendengar dengan penuh teliti serta jawab dengan jelas dan tepat.
16. Setelah penemuduga anda bertanyakan soalan, berhenti seketika dalam 1-2 saat dan berfikir sejenak dahulu bagaimana anda ingin menstrukturkan jawapan anda. Ini akan memberi impression kepada bakal majikan anda (penemuduga) bahawa anda seorang yang kritis anda analitikal ketika berkomunikasi.
17. Hanya bersalaman dengan penemuduga jika dia dahulu yang hulurkan tangan untuk bersalam dengan anda.
18. Beri salaman tangan yang padat dan kuat (tapi jangan terlampau kuat sehingga membuatkan penemuduga anda sakit). Ini akan menunjukkan anda seorang yang berkeyakinan tinggi.
19. Jangan sentuh atau mengaru-garu hidung anda ataupun mengigit kuku anda.
20. Jangan sesekali mengutuk, memburuk-burukkan mahupun berkata-kata negatif terhadap majikan anda yang lalu (atau yang terkini). Anda ditemuduga untuk menunjukkan bakat dan kebolehan anda, bukan mengkritik mana-mana pihak.
21. Jangan sesekali cuba menipu terutama sekali mengenai butir-butir diri anda. Lambat-laun penipuan anda itu akan diketahui oleh bakal majikan anda.
22. Bertanya soalan jika anda diminta. Jika anda tidak bertanya soalan, ini menunjukkan yang anda kurang berminat untuk bekerja di situ.
23. Tunjukkan yang anda benar-benar minat dengan syarikat yang menemuduga anda dengan cara bertanya soalan-soalan berkaitan syarikat tersebut.
24. Jika anda tidak memahami soalan, nyatakan kepada penemudaga untuk mengulangi soalan. Katakan seperti “May you please rephrase back ….” ataupun “I am sorry, come again?” atau “Pardon me, may you please reiterate back what you were asking.”
25. Sepanjang temuduga berlangsung, bertenang dan releks kan diri anda seboleh yang mungkin.
26. Jangan pandang tempat lain ketika anda sedang bercakap menjawab soalan penemuduga.
27. Nyatakan kekuatan anda (jika ditanya) yang boleh dikaitkan-rapatkan dengan skop tugasan jawatan yang anda ditemuduga tersebut.
28. Jika anda diminta untuk menyatakan apakah kelemahan anda, nyatakan sahaja. Tapi setelah itu, pastikan anda nyatkan juga bagaimana anda mengatasi kelemahan anda tersebut.
29. Majikan sukakan calon yang boleh bekerja sebagai satu pasukan. Nyataka juga anda boleh bekerja dalam pasukan dan berikan contoh-contoh sebenar mengikut pengalaman anda yang lepas samada ketika di kolej mahupun di sekolah dulu.
30. Berikut merupakan aspek-aspek penting yang dilihat oleh majikan ketika menemuduga calon-calon pekerja mereka. Aspek-aspek ini tidak akan ditanya secara terus ketika anda ditemuduga, tapi hakikatnya, inilah yang mereka cari secara tersirat melalui jawapan yang anda berikan apabila anda ditanya:
i. Adakah anda berupaya memotivasikan diri anda sendiri dan mempunyai inisiatif sendiri dalam bekerja.
ii. Adakah anda menetapkan matlamat dan apa yang ingin anda capai di masa hadapan.
iii. Bolehkan anda menyelesaikan apa juga masalah jika menghadapi halangan dan cabaran.
iv. Adakah anda seorang yang hanya suka beranggan-anggan ataupun seorang yang action taker.
v. Anda mempunyai matlamat kerjaya jangka masa panjang ataupun tidak.
vi. Apakah jenis kerja yang boleh memberikan anda kepuasan diri, bukan hanya kerana wang semata-mata.
vii. Adakah anda seorang yang boleh menyiapkan kerja mengikut dateline.
viii. Adakah anda seorang pekerja yang suka menyatakan masalah ataupun penyelesaian kepada bos anda. Pilihan kedua adalah pilihan yang tepat.
ix. Adakah anda seorang yang mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah.
SELEPAS TEMUDUGA
1. Hantarkan surat “Terima Kasih” (Thank You Letter) kepada penemuduga anda. Ucapkan terima kasih kepadanya di atas memberi anda peluang untuk ditemuduga. Anda boleh hantarkan melalui email.
2. Di dalam Thank You Letter, anda boleh masukkan lagi apakah sifat-sifat anda yang boleh membuatkan anda memberi sumbangan yang lebih bermakna demi pembangunan syarikat atau jabatan tersebut.
3. Tenang dan sentiasa berfikir positif. Berdoa dan bertawakkal lah anda kepada Tuhan agar dimurahkan rezeki mendapat kerja tersebut.
4. Jangan hentikan pencarian kerja dan menghadiri temuduga-temuduga yang lain. Kita tak tahu di mana rezeki anda. Yang penting cuba tanpa berputus asa.
5. Sebelum anda meninggalkan bilik temuduga anda, pastikan anda minta business card penemuduga anda ataupun email beliau. Ini bagi tujuan anda menghantar Thank You Letter melalui email nanti.
Penutup
Begitulah dia beberapa tips yang telah saya kongsikan yang boleh anda jadikan sebagai ‘senjata’ untuk anda menghadapi temuduga kerja anda.
Usaha mencari kerja bukanlah satu usaha yang senang dilakukan. Tanpa panduan yang betul serta pengamalan panduan tersebut, akan lebih menyukarkan lagi usaha untuk mencapai impian mendapat kerja anda.
Pastikan anda tidak berputus asa untuk terus berusaha dan bekerja keras dalam mendapatkan kerja anda.
InsyaAllah, Tuhan telah menetapkan rezeki bagi setiap hamba-hambanya. Kerja pasti anda akan anda dapat kelak.
Anda boleh amalkan tips-tips yang telah dikongsikan dalam report ringkas ini serta teruskan usaha pencarian ilmu dalam persiapan menempuh temuduga kerja anda.
Selamat Maju Jaya dan Semoga Sukses