Negeri Selangor 雪兰莪 سلاڠور (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan) merupakan salah sebuah negeri daripada tiga belas buah negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.[2] Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.
Negeri ini mengamalkan sistem raja berperlembagaan sejak turun-temurun dan sekarang di bawah naungan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Sejak 10 Mac 2008, Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil alih negeri ini daripada pemerintahan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar ketika itu adalah Mohamed Azmin Ali daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR).
Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Selangor merupakan satu daripada dua buah negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain daripada Sarawak. Selangor juga mempunyai bandar yang paling banyak[perlu rujukan] di Malaysia, ini adalah berikutan daripada kesan pembangunan pesat daripada pemodenan di kawasan Lembah Klang.
Selangor juga merupakan negeri yang paling kaya di Malaysia berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita. Negeri ini juga merupakan negeri yang paling maju di Malaysia. Hal ini kerana dengan adanya infrastruktur yang terbaik seperti lebuhraya dan pengangkutan awam. Selain itu, negeri ini juga dilihat mempunyai ciri kemajuan yang terbaik, pada 1 Januari 2017, Kerajaan Negeri telah menguatkuasakan kempen negeri hijau iaitu 'Go Green' atau lebih dikenali sebagai negeri tanpa plastik.
Hal ini adalah kerana, kerajaan negeri ingin menggalakkan kesedaran tentang pencemaran alam sekitar terutamanya bahan seperti plastik. Kerajaan negeri ingin menjadikan negeri ini bebas daripada plastik dan menggalakkan rakyatnya membawa beg sendiri.
Bilangan penduduk di negeri ini juga merupakan yang paling ramai di Malaysia dengan taraf hidup yang sangat tinggi dan kadar kemiskinan di negeri ini adalah yang paling rendah di Malaysia. Selangor juga telah menyumbang lebih daripada 23% dalam sektor ekonomi di Malaysia, ini menjadikan ia sebagai negeri paling banyak memperoleh hasil di Malaysia.
Lihat Senarai Pekerjaan di Negeri Selangor:
Note: Lihat tarikh terkini pada setiap pekerjaan yang dipamerkan.